ATFC Akademi Rasmi PBSNT

Kuala Terengganu, 22 Januanri :   Akademi Terengganu FC - ATFC yang berpengkalan di daerah Kuala Terengganu kini menjalani fasa baru dalam ...

Kuala Terengganu, 22 Januanri : Akademi Terengganu FC - ATFC yang berpengkalan di daerah Kuala Terengganu kini menjalani fasa baru dalam melahir bakat cilik yang berkualiti.
ATFC yang menjalani latihan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kubang Tangga telah menjadi medium terbaharu dalam mencungkil bakat-bakat cilik bagi menyemarakkan masa depan sukan bola sepak di negeri ini.
Akademi ini telah dilancarkan pada 21 Mac 2016 lalu oleh Pengarah MSNT, Ibnu Amin Busu kini memiliki seramai 60 pelatih yang mana membuat latihan setiap hujung minggu (Jumaat) pagi dan petang turut dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman.
Pengarah Pembangunan ATFC, Md Rosdi Abdul Jalil
Pengarah Pembangunan ATFC, Md Rosdi Abdul Jalil berkata, penubuhan akademi itu selaras inisiatif untuk melahirkan pemain pelapis yang berkualiti sebagai pemain profesional bagi di-serapkan ke pasukan negeri mahupun negara sekali gus merancakkan lagi industri sukan tanah air.
Katanya, kini beberapa orang pelatih-pelatih akademi itu telah terpilih dalam pemilihan fasa 1 pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang mana telah diadakan peringkat pemilihan seluruh negeri baru-baru ini.
"Alhamdulillah... sebanyak 10 peratus pelatih ATFC telah berjaya menambat hati para jurulatih Projek Pembangunan Bola Sepak Negara yang diadakan pemilihan di SK Bukit Tumbuh, Kuala Nerus minggu lalu dan kini menerusi fasa yang seterusnya,
"Sekarang ini kita sedang mengaturkan beberapa perlawan persahabat dengan akademi-akademi di negeri Kelantan dan juga Pahang dimana ianya akan memberi pendedahan kepada permainan sebenar kepada pelatih,
"Justeru itu, saya sebagai wakil akademi ATFC ingin memaklumkan bahawa pendaftaran untuk sesi 2017 telah dibuka bermula awal januari ini dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya ditalian, +6019-9931715," katanya ketika dihubungi Terengganu Times.
Selain itu, ATFC juga mempunyai rangkai yang baik dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan salah satu akademi rasmi kepada persatuan negeri itu.
Pelatih-pelatih ATFC juga diberi peranan dalam menjayakan setiap perlawanan liga perdana musim ini (2017) dengan penyertaan sebagai pengiring pemain-pemain Terengganu FA dan juga pasukan pelawat di setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.
Tambah Rosdi, beliau menjangkakan satu karnival bolas sepak cilik yang akan diadakan sebelum bulan puasa ini dan usaha-usaha kearah itu sedang dirancangkan oleh pihak akademi dengan beberapa badan kerajaan serta NGO dikawasan itu.
Beliau juga turut membuka ruang kepada mana-mana syarikat atau individu untuk memberi sumbangan (sponsor) bagi menzahirkan hasrat pembagunan sukan bola sepak negeri dan juga negara.- Terengganu Times

COMMENTS

Name

ATFC,1,Nasional,4,Sukan,3,Terkini,4,
ltr
item
Akademi Terengganu FC: ATFC Akademi Rasmi PBSNT
ATFC Akademi Rasmi PBSNT
https://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2017/01/atfc5-500x404.jpg
Akademi Terengganu FC
http://akademi-atfc.blogspot.com/2017/01/atfc-akademi-rasmi-pbsnt.html
http://akademi-atfc.blogspot.com/
http://akademi-atfc.blogspot.com/
http://akademi-atfc.blogspot.com/2017/01/atfc-akademi-rasmi-pbsnt.html
true
8890478623341742127
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy