18 MAC 2017 : SEMALAM Akademi Terengganu FC (ATFC) telah mengadakan majlis memperkenalkan pemain-pemain dan pelancaran jersi bagi k...
18 MAC 2017 : SEMALAM
Akademi Terengganu FC (ATFC) telah mengadakan majlis memperkenalkan
pemain-pemain dan pelancaran jersi bagi kejohanan liga bola sepak daerah Kuala
Terengganu di Motel Desa, Bukit Pak Apil Kuala Terengganu.
Kejohanan tersebut akan berlangsung selama 3
bulan bermula bulan mac dan dijangka berakhir pada awal mei nanti serta
perlawanan pertama melibatkan ATFC akan berlangsung pada petang nanti di Padang
Bola Sepak Banggol Katong.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan sumbangan
penajaan kepada pasukan oleh Kobertbell Marketing yang diwakili Pengarah Urusan
Syarikat Faeez Arsy Yusof, East Cost Trusses System Sdn Bhd yang di wakili Joe
CJ Soon, CasaVida Interior & Lifestyle yang diwakil Alvin Ong dan MADA
Contruction Kamrol Isam Mohd.
Turut hadir Penolong Setiausaha Kerajaan Belia
dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Rahimee Bin Mohd Ramli, Setiausaha Kerja
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) Shahrizan Mohd Zin, Wakil Pihak
Penganjur Kejohanan Zaidi Abd Rahman dan Pengarah Pembangunan ATFC, Md Rosdi
Abdul Jalil.
Menurut pengurus pasukan Kamrol Isam, Akademi
menyertai kejohanan ini diatas sebab sayangkan bakat pemain-pemain muda yang
ada dan rata-rata pemain ATFC kali ini berumur 16 hingga 25 tahun.
“Bakat muda ini perlu diberi pendedahan yang
lebih kerap kerana mereka mempunyai skill pemainan yang baik,
“Jika kita selalu mendedahkan mereka dengan
perlawanan dan menyertai kejohanan peringkat amatur ini nescaya bakat mereka
terus berkembang dari masa ke semasa,
“Harapan kita, pemain-pemain ini dapat
mempamerkan aksi yang terbaik dimana mana sebelum ini telah mengadakan
perlawanan persahabat dengan juara bertahan liga daerah Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu(MBKT) dan keputusan yang amat memuaskan,” katanya.
Sehubungan dengan itu juga, beliau mengharapkan
kejohanan ini sebagai tapak permulaan karier mereka dalam sukan bola sepak
negeri ini khasnya.
COMMENTS